Bila jari enggan menari,
segala keluh kesah, susah payah,
hanya mampu dihimpun dalam benak,
biar ia semakin sesak,
biar ia semakin semak,
biar jiwa terbuku penuh kesumat,
seksa kian melarat....
Bila jari enggan menari,
letih dikerah, walau dipalu
gendang silat, zapin dan dikir barat sekalipun,
ia hanya tercatuk kaku
di atas papan komputer,
enggan menari...
Bila jari enggan menari,
ide-ide itu hanya mampu
menerawang mundar-mandir di sekitar situ,
hingga sampai suatu saat,
ide-ide itu ghaib ditelan waktu,
enggan muncul lagi,
sampai bila-bila...
bila jari enggan menari...
Thursday, December 18, 2008
Thursday, June 19, 2008
Tenggelam timbul
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sejak post terakhir (bersamaan dengan taun lepas), aku memang tak jengah-jengah blog ni. Mana tidaknya, sejak bertukar haluan kerja ni, kerja-kerja outstation memang bertambah banyak. Ni pun baru jek masuk office sebab ada tugasan di Langkawi.
Awal bulan 7 ni plak kena gi Penang, ada Kursus Penulisan Saintifik. Aku memang teruja nak pergi kursus-kursus penulisan macam ni, sebab aku memang suka menulis. Walaupun badan aku penat, otak pun dah agak letih tapi uikss....aku tetap tak sabar nak pergi. Lepas Langkawi ke Johor plak, negeri kelahiran aku. Tapi rasanya macam tak sempat nak balik Kampung di Muar. Lepas semua keja settle, baru ler selesa balik kampung.
Apa yang aku suka di Penang? Emmm....selain jeruk buah salak, dah tentu aku suka beli VCD cetak rompak. Sekeping empat hinggit jek, kalu kat sini mau RM6-RM8 hinggit sekeping. Buat rugi aku jek beli kat KL....hehhehee.
Dan sudah tentu, si comel Insyirah akan dapat tambah koleksi baju ' I Love Penang', 'Langkawi', 'Johor', 'Kelantan', 'Perak' dan negeri2 lain yang aku dah jejakkan kaki.
Okey, la...sok lusa aku citer lagi. Choww....
Thursday, December 7, 2006
Balik Pulau, Pulau Pinang.
lama dah tak usik blog ni. mana tak nyer, busy memanjang. sabtu & ahad baru lepas kena pi penang, ada event nak kena cover.
gambar ni kenangan kat Penang, area empangan kat Balik Pulau. sebelum balik Shah Alam kita org singgah dulu kat tempat menarik.
yg sedapnya kat penang ni makanan dia lah. perghhh...lapar memanjang sebab kalau boleh nak rasa semua makanan 'popular' kat sana.
Mee udang, Char Keuy Teow, Nasi Kandar, pergi beli jeruk, minyak buah pala. Pendak kata, semua benda yang halal di makanan tu kita sental..Batu Feriringgi, USM pon kitaorg singgah.
apa-apa pun, Penang memang best. walaupun baru dua kali aku jejak kaki kan sana. tapi cuma kali ni jek yg berkesempatan nak gi memana. cayalah Penang! InsyaAllah lain kali aku singgah lagi.
SEBAB...aku dah mula rindu kat Nasi Kandar & Mee Udang...Perghhh! Boleh mimpi dibuatnya.
Friday, November 24, 2006
Jumaat, 24/11/06.
Hadiah hari jadi...supply susu setahun...yehaaah!
hari ni sama cam hari-hari biasa. keja tetap banyak, tambah plak nak kena buat projek buku khas. pasrahhh jek lah! cuma, semalam jek berbeza sikit (23 /11/06), korang nak tau sebab apa semalam beza dari hari2 lain. meh sini aku citer kat korang, sebabnya, semalam HARI LAHIR Aku yang ke berapa ekk? entah ler aku pun lupa (buat-buat lupa sebenarnya).
Yang menarik pasal hari jadi aku:
Hadiah hari jadi...supply susu setahun...yehaaah!
hari ni sama cam hari-hari biasa. keja tetap banyak, tambah plak nak kena buat projek buku khas. pasrahhh jek lah! cuma, semalam jek berbeza sikit (23 /11/06), korang nak tau sebab apa semalam beza dari hari2 lain. meh sini aku citer kat korang, sebabnya, semalam HARI LAHIR Aku yang ke berapa ekk? entah ler aku pun lupa (buat-buat lupa sebenarnya).
Yang menarik pasal hari jadi aku:
aku tergerak nak pergi function yang pada awalnya tiada dalam jadual tugasan aku. bukan cuba tuang kerja tapi sebab tak nak bazir satu jam masa kerana sampai awal kat area tu. masa daftar nama, aku tengok reporter lain dah ramai sebab event dah start dalam 10 minit. kerusi ala-ala penuh plak. member aku lagi dua orang pilih dok kat area ramai orang pompuan (belakang sikit), aku sebab no choice kena lah dok sebelah mamat foto suratkhabar (dua lagi kerusi sebelah aku kosong).
mata dah nak ngantuk sebab dengar orang dok bebel kat depan tu, tunggu punya tunggu last-last dia cakap 'Sila periksa bawah kerusi anda, kalau ada kertas Marygold, akan dapat hamper). aku pun dengan muka poyo raba bawah kerusi, tergezut beruk bila tercapai kertas kecil melekat bawah kerusi. Syukur Alhamdullilah, dah rezeki aku. bila aku tengok keliling, ada lagi 4 orang bertuah cam aku & tak kurang jugak yang sampai terbalikkan kerusi sebab nak cari kupon tu. tapi nak buat camana, kalau dah takde rezeki tu cari camana pun tak kan jumpa jugak. Sukanya tak tau nak cakap, kalau korang nak tau itulah hadiah harijadi aku yang pertama ari tu, 'dapat hamper susu F&N' cayalahhh. kembang kempis beb lubang idung aku.
Dah dapat hamper, aku ngan kengkawan pun pakat nak blah, mana tak nyer. kena cepat gi event lagi satu. kalu tak haru beb kena bambu ngan bos. tapi hasrat tak tercapai, kena tahan sebab dia orang suruh makan dulu & main games utk media. Oleh kerana tak nak hampakan hati orang yg menjemput, aku pun makan ler mana yang patut (patut-patut pun mau dua tiga kali ulang hehehe!).
Tengah syok pulun, dia org suruh main game, dan aku gatal tangan pergi lah main jugak. aku org first plak tu. Dalam terketar-ketar pegang besi dan lalu kat dawai melingkar-lingkar tu, tak sangka aku leh lepas games tu tanpa membuatkan mesin tu berbunyi 'Mooooo'. Tangan, kaki, kepala lutut semua ketar. nasib baik kuat semangat, kalau tak pengsan kat depan orang. Masa yang tercatat 1 minit 06 saat, lambat sebenarnya tapi sebab orang yang lawan aku asyik kantoi jek kat tengah jalan so aku dikira pemenangnya.
Hadiah yang aku dapat, dah tentu ler bekalan susu marygold keluaran terbaru selama setahun. sebulan 12 liter dia bagi, kalau setahun mahu putih cam susu kulit aku yang agak-agak cam kajol ni. Susu pun susu lahh, rezeki tu, syukur.
dua hadiah dalam satu event, bertuah kan! cayalah! aku sayang kat diri aku sendiri.
chow beb!
Wednesday, November 22, 2006
Halooo...

salam,
gambo ni taun lepas nyer, masa ni baru habis assigment. Lepas penat ambik gambo model catwalk kat KL Convenction Center, aku pong lepas gian pose ber background kan menara berkembar petronas...cayalah senario malam yang ala-ala dingin tu sekali gus mengeringkan keringat yang bertepak manja kat ketiak aku sejak dari awal malam tu.
walaupun badan dah bau ashamm, aku tetap kontrol lubang idung supaya tetap 'lawa'. harap-harap korang suka nak tengok gambo first aku kat blog ni.
selamat berkenal-kenalan bebehh...
Subscribe to:
Posts (Atom)