Jumaat, 24/11/06.Hadiah hari jadi...supply susu setahun...yehaaah!hari ni sama cam hari-hari biasa. keja tetap banyak, tambah plak nak kena buat projek buku khas. pasrahhh jek lah! cuma, semalam jek berbeza sikit (23 /11/06), korang nak tau sebab apa semalam beza dari hari2 lain. meh sini aku citer kat korang, sebabnya, semalam HARI LAHIR Aku yang ke berapa ekk? entah ler aku pun lupa (buat-buat lupa sebenarnya).Yang menarik pasal hari jadi aku:aku tergerak nak pergi function yang pada awalnya tiada dalam jadual tugasan aku. bukan cuba tuang kerja tapi sebab tak nak bazir satu jam masa kerana sampai awal kat area tu. masa daftar nama, aku tengok reporter lain dah ramai sebab event dah start dalam 10 minit. kerusi ala-ala penuh plak. member aku lagi dua orang pilih dok kat area ramai orang pompuan (belakang sikit), aku sebab no choice kena lah dok sebelah mamat foto suratkhabar (dua lagi kerusi sebelah aku kosong).
mata dah nak ngantuk sebab dengar orang dok bebel kat depan tu, tunggu punya tunggu last-last dia cakap 'Sila periksa bawah kerusi anda, kalau ada kertas Marygold, akan dapat hamper). aku pun dengan muka poyo raba bawah kerusi, tergezut beruk bila tercapai kertas kecil melekat bawah kerusi. Syukur Alhamdullilah, dah rezeki aku. bila aku tengok keliling, ada lagi 4 orang bertuah cam aku & tak kurang jugak yang sampai terbalikkan kerusi sebab nak cari kupon tu. tapi nak buat camana, kalau dah takde rezeki tu cari camana pun tak kan jumpa jugak. Sukanya tak tau nak cakap, kalau korang nak tau itulah hadiah harijadi aku yang pertama ari tu, 'dapat hamper susu F&N' cayalahhh. kembang kempis beb lubang idung aku.
Dah dapat hamper, aku ngan kengkawan pun pakat nak blah, mana tak nyer. kena cepat gi event lagi satu. kalu tak haru beb kena bambu ngan bos. tapi hasrat tak tercapai, kena tahan sebab dia orang suruh makan dulu & main games utk media. Oleh kerana tak nak hampakan hati orang yg menjemput, aku pun makan ler mana yang patut (patut-patut pun mau dua tiga kali ulang hehehe!).
Tengah syok pulun, dia org suruh main game, dan aku gatal tangan pergi lah main jugak. aku org first plak tu. Dalam terketar-ketar pegang besi dan lalu kat dawai melingkar-lingkar tu, tak sangka aku leh lepas games tu tanpa membuatkan mesin tu berbunyi 'Mooooo'. Tangan, kaki, kepala lutut semua ketar. nasib baik kuat semangat, kalau tak pengsan kat depan orang. Masa yang tercatat 1 minit 06 saat, lambat sebenarnya tapi sebab orang yang lawan aku asyik kantoi jek kat tengah jalan so aku dikira pemenangnya.
Hadiah yang aku dapat, dah tentu ler bekalan susu marygold keluaran terbaru selama setahun. sebulan 12 liter dia bagi, kalau setahun mahu putih cam susu kulit aku yang agak-agak cam kajol ni. Susu pun susu lahh, rezeki tu, syukur.
dua hadiah dalam satu event, bertuah kan! cayalah! aku sayang kat diri aku sendiri.
chow beb!